Monday, July 27, 2009

RinDu YanG TerSiraT


“Ya Allah… ampuni dosa-dosaku dan dosa kedua ibu bapaku, dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku ketika kecilku…”


-Kasyah49-

Saturday, July 18, 2009

BayanG MaLam YanG TerLuka



Bismillah....

Begitu mudah berhasrat
Hanya kekuatan jiwa mampu merealisasikan ia
Namun ku masih utuh di sini
Untuk mempersembahkan setiaku yang satu
Biar mentari terbit lalu tenggelam
Abaikan kisah pasang surut air laut
Kerna semuanya tercatat dalam kalam Yang Maha Esa
Yang telah mengatur segalanya buat insan yang bergelar Khalifah.


#Happy Belated Birthday to Mr Yusuf Razli, IUFC Manager#
#Sepi semakin menjadi realiti,mampukah ku mengharunginya#

-kasyah49-

Friday, July 17, 2009

OnLy iN MaLaYsiA?

-Sesi Menggantungkan Diri Di Pokok berhampiran-


-Sambil Tu Buleh Pikir Nak Recover Balik Ape Yang Dibuang-


Promosi Jualan!Belian RM 100 Ke atas percuma Anak Seorang!


-Patutlah PPSMI Dimansuhkan-

-Walau Dimana Jua Anda Berada, Astro Tetap Dihati-


Motto PDRM: Integriti Amalan Kita
Motto Orang Muda: Kreativiti Tangga Kejayaan


-Inilah Yang Dikatakan Nyawa-Nyawa Ikan -


Ape Yang Cuba Disampaikan?Saiz Badan Manusia ataupun Sejenis Air?


-Elok Sangat Tutop Kedai Tu, Pasang Papan Tande Pun Fail-


Penuhkan Kerusi Itu!!Agi Igup Agi Ngelaban!!!



-Mangsa Kekejaman Ibu-bapa Yang Shopping Raye Sampai 8 Jam-



Kehebatan Seorang PakCik!Rempit Bawak Tiang Letrik!!



-Kejadian Kehabisan Troli Di Pasaraya Berhampiran Anda-



Dulu PM Malaysia Suka Tido, Maka Terikutlah Rakyat Malaysia Tido Dimana Saja





Thursday, July 16, 2009

Hilangnya Sinar Rembulan

termangu ku seorang ditemani malam yang kelam
merenung ku ke luar jendela dengan secebis harapan
mencari-cari di mana sisa rembulan purnama
yang selalu mengubati hatiku yang gulana.

sinar rembulan kelam bertemankan mendung awan kelabu
seakan mengerti gemersik hati yang lara
hati yang penuh rasa syahdu dan rindu
hati yang tertanya kenapa dirimu pergi tanpa khabar.

kenapa kita bertemu lalu ditakdirkan berkasih
dan secara tiba-tiba dirimu pergi jauh meninggalkan ku
terkapai-kapai mengenangkan cinta mu itu
terkulai ku layu ditemani sendu.

ku kumpul semula baki semangat jiwaku
meneruskan juang hidupku yang kembali sepi ini
membawa hati kepada yang sudi
semoga terubat rindu ku kembali.


-Ditujukan Khas Kepada Sahabatku-


kasyah
[Perindu Bidadari Putih]

Tuesday, July 14, 2009

Mencari yang Terbaik?

Bismillah...=)

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.


Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini
:


Pelajar
: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?


Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?


Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.


Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang.... Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.
KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.
-Memerhati tanpa menyedari diperhatikan-



taken from [www.mrmudah.blogspot.com]

-kasyah-

Sunday, July 12, 2009

Selembar Cinta Bersulam Syurga


Sepoi angin menampar diriku bertemankan sepi
Merdu desiran angin mengubati rindu dihati
Sayup kedengaran gelak tawa anak-anak bergembira
Tersenyum manis tanpa duka lara.

Hati kecil ku tertanya,
Kenapa harus merana?
Lara jiwa ku menjawab,
Aku sunyi!aku rindu!aku iri hati!!!

Teguhkan pendirian yang telah lama ku tanam dalam jiwa ini!
Mudah menetapkan pendirian, namun gagahkah diri mengekalkannya?
Oh jiwa yang lemah, kuatkan dirimu itu.
Agar setanggi kasih dapat dihidu selamanya.

Jika ku mahu, begitu mudah untuk mencari sesiapa pun pada hari muka ini.
Namun ku bukan mudah untuk mengungkapkan istilah SAYANG.
Bagi ku, istilah itu adalah lambang setianya diriku pada si bidadari putih itu.
Kata yang ku simpan untuk dipersembahkan pada permaisuri putihku.

Ku pohon restu dan berkat dari Illahi
Agar ku temui bidadari putihku itu...



-kasyah-
-RS Sejati Sungai Petani-

Friday, July 10, 2009

MAti HiDuP KeMBaLi

Salam blog..

Antara lagu yang memotivasikan diriku menempuh segala onak duri kehidupan ini. Walaupun masih tercari erti sebenar lirik lagu ini, masih tetap setia menghayati bait-bait itu tanpa jemu. Harap sesiapa dapat bantu menjelaskan erti sebenar lagu ini...=)





ButterFingers - Mati Hidup Kembali

Jalan raya terlampau sunyi
Untuk ku terus bermimpi
Mataku belum mengantuk lagi
Bawa ke mana sahaja kupergi

Tunjukkan ku bulan gerhana
Tiada siapa nak kujumpa
Pendirian tiada kusangka
Tak mengapa oh tak mengapa

Malam semalam gundah gulana
Hari ini hari mulia
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali

Bawakan kuhilang dari ingatan
Hari ini sehingga esok
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali

Agar sepenuh dengan pendirian
Kucapai sebelah tangan
Sebalik awan ada cahaya
Bercahayalah selamanya

Daku tertawa seorang diri
Darah yang mengalir terhenti
Fikiranku melayang-layang
Tiada siapa yang perasan


With Love,
-kasyah-

Monday, July 6, 2009

Hipokrasi Dalam Realiti

Hipokrasi Dalam Realiti.

Adakah salah untuk hipokrit untuk mencapai kejayaan?
Adakah menjadi kesalahan untuk hipokrit demi suatu perubahan?
Adakah patut dihukum kerna menjadi hipokrit?

Tulus hati mengatakan manusia adalah hipokrit
Hipokrit dalam mengaku kelemahan diri
Sehinggakan lalai terhadap Maha Pencipta

Setelah terkenang dosa-dosa besar menyulami kisah silamku
Hipokrit ku adalah untuk mendampingiMu Yang Maha Esa
Oh Tuhanku, bantulah diriku dalam menghadapi perubahan ini.


-mencari sang bidadari tersebut-

Saturday, July 4, 2009

Tips Mengeratkan Silaturrahim

Bismillah...=)

"Sesungguhnya tidak sempurna iman seseorang sehinggakan dia mengasihi teman sesama muslim seperti dia mengasihi dirinya sendiri"


Tips Mengeratkan Silaturrahim Sesama Muslim
1. Sentiasa ziarah-menziarahi

2. Mengucapkan salam apabila bertemu.Mendoakan sesama muslim adalah perkara yang baik dan sesungguhnya salam itu adalah doa.

3. Mengukir senyuman apabila bertemu.

4. Sentiasa ingat-mengingati sesama muslim dari segala segi.




-Khutbah Jumaat Masjid Al-Irsyad-
-3 Julai 2009-



Thursday, July 2, 2009

Oh Hati Yang Sepi

Oh hati yang sepi.
tenangkanlah dirimu yang sepi ini.
sepi dari segala segi.

Oh hati yang sepi
deritamu siapa yang tahu
andai mampu diungkapkan,pasti tiada istilah mampu menghuraikan ia.

Oh hati yang sepi
sedihmu,piluku jua
diammu,sunyiku jua.

Oh hati yang sepi
tatkala ku melihat angkasa kelam
setianya sang kejora menyinari kegelapan malam .

Oh hati yang sepi
setialah dirimu seperti sang kejora
sang kejora yang tetap setia disana
dari dulu kini dan selamanya...=)



-kasyah-



Wednesday, July 1, 2009

1st League Match: IUFC vs End Of Line

Bismillah...=)

Alhamdulillah, IUFC telah secara rasminya telah terjebak dalam kancah liga bola sepak MMU Melaka iaitu dengan menyertai Bahagian Kedua Liga Bola Sepak MMU Melaka[Sesukati je bagi nama pertandingan tu].

Pada tarikh 30 Jun 2009, IUFC telah memulakan perjuangan dalam arena Divisyen Kedua dengan menentang pasukan End Of Line[E.O.L] yang rata-rata dibarisi oleh pemain-pemain yang berpengalaman dalam arena bola sepak MMU. Perlawanan tersebut dimulakan dengan IUFC berjersi serba Biru dan E.O.L berjersi Oren pada tepat jam 5.16 P.M..Pasukan IUFC diwakili oleh Manaf bertindak sebagai penjaga gol. Shahirul,Mayo Sapik,Wan Din, Izzuan bermain dibahagian pertahanan. Obi Wan Kenobi,Ayie,Ijat dan member yusuf mengepalai bahagian tengah dan amiroso serta yusuf bertindak di barisan hadapan..

Perlawanan bermula dengan pasukan E.O.L membuat serangan demi serangan untuk mencari gol pendahuluan namun berjaya dikekang oleh barisan pertahanan IUFC yang gagah berani disukai ramai..Lebih kurang pada minit ke-7, IUFC telah berjaya menjaringkan gol melalui penyerang berbadan sasa dan tinggi iaitu amiroso yang tidak mensia-siakan peluang keemasan apabila pertahanan tengah E.O.L terbuat "miss kick" lalu bola itu diterjahkan ke jaring oleh amiroso tanpa segan silunya. kedua-dua pasukan tergamam dengan jaringan tersebut dan masing-masing cuba mengawal emosi untuk menghadapi realiti yang mendatang. perlawanan kembali seimbang dengan kedua-dua pasukan membuat serangan untuk mencari gol namun akhirnya bola berada di kawasan semak samun yang terletak berhampiran. Separuh masa pertama berkesudahan dengan kedudukan IUFC mendahului E.O.L dengan satu jaringan.

Setelah berehat selama 5 minit dan mendengar amanat-amanat daripada pengurus pasukan iaitu Tuanku Yusuf Razli, pasukan IUFC meneruskan separuh masa kedua dengan semangat yang kental. Namun kekentalan semangat IUFC cuba digugat dengan jaringan penyamaan oleh pasukan E.O.L seawal minit ke 4 separuh masa kedua bermula.Gol berpunca daripada sepakan lambung yang amat melencong dari kawasan kiri IUFC berjaya menewaskan barisan pertahanan IUFC dan disambut kemas oleh penyerang E.O.L untuk menyamakan jumlah jaringan. Perlawanan diteruskan dengan pasukan E.O.L menguasai separuh masa kedua dan jarang-jarang sekali bola diperserangkan oleh pasukan IUFC ke kubu lawan. Untuk menguatkan lagi impak barisan pejuang IUFC, beberapa pertukaran dibuat sepanjang perlawanan iaitu shahirul diganti oleh Abu Husin,Izzat ditukarkan dengan Aizul dan member yusuf diganti oleh Kamal Jepun.Pertahanan dan penjaga gol IUFC kental menahan segala asakan pihak lawan demi menjaga pintu gol IUFC dibolosi buat sekian kalinya sehingga ke akhir perlawanan. Perlawanan berkesudahan seri 1-1 antara pasukan IUFC dan pasukan End Of Line. Tahniah kepada teman-teman seangkatan atas keputusan perlawanan ini....=)


-Karam 'Syah' Walia-
-Pengulas Sukan IUFC-