Tuesday, August 18, 2009
Senja itu...
Tatkala harapan yang menggunung itu lebur sekelip mata
Yang tinggal hanyalah sisa-sisa yang tiada guna
Buat menempuh perjalanan penuh onak duri.
Punah hancur harapan itu
Menjadi cebisan hina bertemankan sayu
Patutkah ku cuba cantumkan semula cebisan itu
Dan membina kembali harapan yang musnah.
Ataupun ku terus mengharap muncul harapan yang baru?
kasyah49
PadangDahlia
Senja
Sunday, August 16, 2009
Di Hentian Itu

Di perhentian itu
Terlahir aku untuk berjuang
Terus berusaha menggapai cita
Terus berlari mencari redha
Cukupkah bekalan ku ini untuk menghadap-Mu
Bagaimanakah nasib ku di sana
Adakah tenang ataupun gundah
Adakah suka ataupun duka
Di perhentian ini
Ku jatuh dan bangun semula
Mencari saki baki kekuatan dan keberanian
Untuk berjuang mengharap redha-Mu
Secebis harapan ku sampaikan melalui doa
Bermunajat mengharap bantuan-Mu
Berlinangan air mata merenung kekhilafan lalu
Mengharap keampunan dari Yang Satu
Friday, August 14, 2009
[Najib vs Anwar] Siapa lagi besar?
Replika Dato' Seri Najib Di Batu Caves
Replika Dato' Seri Anwar Ibrahim Di Batu Caves"Ia seperti mendewa-dewakan pemimpin" ungkap seorang yang berpangkat besar di negeri Melaka yang juga telah dibuktikan dengan kesalahan RASUAH ataupun dikenali dengan panggilan indah iaitu POLITIK WANG ketika Persidangan UMNO tidak lama dahulu. Tetapi masih lagi berjaya memegang pangkat yang tinggi dalam negeri Melaka ini. Butakah mata rakyat dalam menghadapi isu RASUAH ini?
Setahu penulis, masih ramai lagi mufti-mufti yang masih hidup berkhidmat di Malaysia. Tidakkah seorang pun daripada mereka berani membuat bantahan ataupun teguran. Janganlah kita gentar untuk berkorban demi secebis kebenaran.
Wednesday, August 12, 2009
Seminar Penghayatan Ramadhan
Assalamualaikum w.b.t
Innalhamdulillah. Asyhadu alla ila ha illallah wa asyhadu anna Muhammadan abduhu wa rasuluh. Allahumma balighna Ramadhan. Alhamdulillah, kita diberi kesempatan untuk berjuang menghampiri pintu Ramadhan. Mungkinnya sampai, mungkin juga terlebih dahulu disentak bertemu yang Esa. Moga Allah kurniakan peluang buat menambah amal yang masih kurang.
InsyaAllah, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Melaka dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Melaka juga diatas sokongan padu Jabatan Agama Islama Melaka (JAIM) akan menganjurkan Seminar Penghayatan Ramadhan 1430H seperti makluman di bawah:
Hari : Ahad
Tarikh : 16 Ogos 2009 bersamaan 25 Syaâban 1430 Hijriyah
Tempat : Masjid Al-Azim, Melaka
Masa : 8:30 pagi - 1:30 tengahari
Bayaran : Percuma termasuk disediakan makan thari
Pengisian :
Kertas Kerja 1: Seminar Kepentingan Ramadhan Pada Individu Muslim
Kertas Kerja 2: Fiqh Ramadhan
Kertas Kerja 3: Forum dan Soal-Jawab Ramadhan
Seminar ini antara lainnya bertujuan menghidupkan persediaan menjelang Ramadhan, mengajak penduduk sekitar Melaka khususnya para siswa/i untuk bersama merasai kerinduan bertandangnya bulan mulia ini disamping memberikan peluang para hadirin mendengar perkongsian ilmu juga melangsaikan segala kemusykilan yang sekian lama bersarang di lubuk hati berkisar perihal Ramadhan.
InsyaAllah, Islamic Smart Team (i-smart) di bawah kelolaan STAD akan menyediakan pengangkutan pergi ke Masjid al-Azim. Kepada yang berminat, diharap dapat memberikan Nama dan ID kepada nama di bawah. Kita juga akan membuka meja pendaftaran selepas solat Juma'at di masjid al-Irsyad MMU. Sebarang pertanyaan lanjut juga dialukan:
Justeru, menjadi harapan agar dapat dihebahkan dan disampaikan kepada yang lain. Hanya pada Allah kita mengharapkan ganjaran, insyaAllah. Semoga usaha yang sedikit ini mampu membakar semangat berlumba-lumba mengejar kebaikan dalam bulan Ramadhan.
Semoga bermanfaat.
"Membina Generasi al-Quran"
Wassalam...=)
Monday, August 10, 2009
Kalau Dahi Tak Mencecah Sejadah
Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat
Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan
Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patuk itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia
Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna Harta, tahta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau Dahi Tak Mencecah Sejadah Di Dunia

-kasyah49-
[ikim.fm]
22 Tahun Itu
Setiap titisan membawa rahmat bagi seluruh isi alam
Tanpa rintik itu maka binasalah dunia ini
Kontang tandus tiada bermaya
22 tahun hamba Mu yang hina banyak berdosa
Terlalu banyak tiada terkira
Terkadang riak menguasai diri
Sehingga terlupa akan kekuasaan dan balasan Mu
22 tahun hamba Mu yang daif ini menumpang dunia Mu
Selalu lupa memuji dan sujud menyembah Mu
Ku bersyukur Engkau masih membenarkanku hidup
Menghela nafas-nafas milik Mu ini
Terima kasih atas 22 tahun ini
Tunjukkan ku hidayah dan ketakwaan kepada Mu
Sesungguhnya diriku ini hanyalah insan yang lupa
Terlalu kerdil untuk menidakkan kekuasaan Mu
"terima kasih kepada semua"
-kasyah49-
Friday, August 7, 2009
Al-Kisahnye
Brader Polis: "Ni abang punya kereta ke?"
kasyah: " A'ah, ni kereta saya"
Selang beberapa ketika............................
Brader Polis: "Mintak maaf laa bang, saya dah start tuleh time abang mai tadi. Dah x buleh nak padam. kalau saya padam, nanti depa kata saya ni amik rasuah pulak"
Kasyah: "takpa aih, tuleh je laa" [Dengan senyuman]
Brader Polis: "Saya betoi-betoi mintak maaf laa bang. Saya cuma jalankan tanggungjawab saya"
Kasyah: "Awat brader polis ni dok panggil aku abang? kalau dia check IC aku, mau segan dia ni"[Bermonolog sendirian]
Brader Polis: "Abang buleh bayaq saman ni kat Balai Polis Trafik kat depan tu"
Kasyah: "Balai yang hat tang mana tu?" [Saje buat-buat x tau]
Brader Polis: "Balai yang kat depan SP Plaza tu, abang jalan teruih nanti ada simpang. Abang buleh bayaq kat situ"
Kasyah: "Owh, balai yang hat tu kaa?buleh laa saya pi bayaq sat lagi" [Dengan senyuman]
Brader Polis: " Saya mintak maaf skali lagi abang. saya cuma menjalankan tanggungjawab saya"
Kasyah: " takpa aih, dah memang salah saya pun. terima kasih naa"
Brader Polis: [Hanya mampu tersenyum]
Tahniah kepada brader polis tu. cukup berhemah apabila bercakap. Orang pun tak sakit hati. Tahniah sekali lagi...=)-Sungai Petani Citizen-