Sunday, November 22, 2009

Rintangan Dan Duniawi

Perjalanan ini masih jauh


Terlalu banyak rintangan dan halangan


Acap kali tersungkur lalu kesakitan


Masih adakah nilai insani dalam diri ini?


Bimbinglah diriku ini Ya Allah agar dapat syahid dalam agama Mu...


Thursday, November 19, 2009

Hati Yang Menikus


Sudilah dikau sang mentari mendengar kisah kebodohan seorang insan ini.


Sudilah dikau wahai sang bayu meniup jauh rasa rindu di hati ini..

Sudilah dikau sang rembulan sinarkan nur indah penerang hatiku...

Andainya itu semua diperolehi tanpa redha sang pencipta, alangkah ruginya diriku ini....



-Rona-Rona Hidup-

Wednesday, November 18, 2009

Sedarkah Kita?

Tangan inilah yang menadah memohon doa
Dan juga tangan inilah yang selalu perbuat kemungkaran
Tangan ini jua selalu menderma mengharap ikhlas hati
Lalu tangan ini jugalah yang menjelmakan titik-titik hitam hati

Biarlah kiri mahupun kanan, tetap jua ia pinjaman
Pinjaman yang tuntut dipulangkan tatkala berakhirnya masa
akan ia menjadi saksi atas segalanya nanti
tatkala tiada siapa lagi sudi membantu...


-kasyah49-

Monday, November 16, 2009

MMU Falcons VS MMU Vipers

Assalamualaikum warahmatullah...=)

Alhamdulillah pada ahad lepas pasukan MMU Melaka telah berlepas ke MMU Cyberjaya dalam misi perlawanan persahabatan antara kampus yang bertempat di padang ragbi MMU Cyberjaya. Perlawanan berjalan dengan lancar dan cuaca amatlah panas diselangi dengan hujan renyai-renyai pada sebelah petangnya. Tahniah kepada kedua belah pasukan kerana menunjukkan perlawanan yang hebat!!



-kasyah49-
-MMU Falcons 09/10-

Friday, October 30, 2009

Aduhai Cahaya Mata Ku [Part 1]


Selang beberapa hari saja, Ramadhan kian berakhir memberi suatu lagi sinar pengampunan bagi umat Islam yang taat dalam menuruti segala perintah Illahi. Terbayang suasana riang dan bahagia dalam menyambut Aidilfitri yang mulia disamping keluarga yang tercinta. Senyum tawa riang sanak saudara,sahabat handai serta anak cucu menambahkan lagi kerinduan yang makin membuak menyeksa setiap helaan nafasku ini.

Sudah hampir 3 tahun diriku bertemankan teman-teman yang senasib dengan diriku ini, yang terpenjara dalam usia tua di sebuah rumah kebajikan orang-orang tua di ibu kota. Selalu ku bertanya "Mungkin telah menjadi kebiasaan bagi zaman ini untuk anak-anak menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang-orang tua yang tumbuh bak cendawan selepas hujan". Namun ku masih berprasangka baik mungkin anak-anak ku yang dahulunya ku tatang bagaikan minyak yang penuh sibuk mengejar kebahagiaan dunia untuk keluarga masing-masing. Kehadiranku ini hanya akan membebankan urusan harian mereka dek kerana keuzuran yang melanda diriku ini. Pantas ku tepis pemikiran yang derita itu sejauh mungkin kerana ku masih percaya anak-anak ku masih menyayangiku.

Acap kali usai solat, ku mohon secebis ehsan dari Yang Maha Esa agar dapat bersama anak cucu untuk menyambut Aidilfitri yang bakal menjelma. Dalam doa itu hanya beriringan air mata sebagai pengubat hati yang kian seksa kerinduan terhadap keluarga. Terkenang diriku memerah keringat menjahit baju raya untuk setiap anak-anakku dengan harapan mereka dapat mengukir senyuman di pagi Aidilfitri yang indah itu. Biar diriku hanya berpakaian biasa namun kebahagiaan anak-anak diutamakan. Oh betapa indahnya kenangan tersebut jika diimbau kembali.

Hati makin berbunga tatkala menerima kiriman pesanan ringkas menyatakan anak-anak yang dikasihi akan hadir menemuiku pada petang ini. Pantas ku menyiapkan semuanya sebagai persiapan menyambut Aidilfitri bersama mereka. Semua pakaian dan kelengkapan telah ku masukkan ke dalam beg coklat usang dan ku letakkan di penjuru katil. Masa yang terluang ku isikan dengan bertemu rakan-rakan setia untuk memohon ampun maaf atas segala kekhilafan lalu.

Terasa semilir bertiup lembut menerobosi liang-liang romaku. Kicauan burung tenang mengalun zikir kepada Yang Maha Berkuasa. Oh betapa indahnya petang ini. Sebentar lagi akan tiba wajah-wajah yang ku sayangi sejak sebelum lahir lagi mereka. Belum lagi lekang zikir dan doaku supaya mereka selamat sampai ke sini menemuiku. Semoga Allah S.W.T mempermudahkan perjalanan mereka ke sini.

[Bersambung]


-Kasyah49-
-Biarlah Ia Pergi-

Ubat Hati



Tenanglah hati!

Sabarlah jiwa!!

Diamlah nafsu!!!

Tinggilah iman!!!!


-kasyah49-
-RockersSelamanya-

Wednesday, October 28, 2009

angau kembali tiba!


Kasar terasa gurauan perasaan malam ini
Bersendirian di ruang kosong tiada penyeri
Hanya cahaya kejora menemani diri
Seperti memahami sepi hati ini

Terbayang indah tawa senyumanmu
Mengukir seribu rindu
Buat pemilik senyum itu
Terima kasih ikhlas dariku

Mahu saja ku mengungkai segalanya
Namun di hati ini tiada daya
Masih terbuku impian seribu rahsia
Tetap akanku simpan hingga hujung masa



-aduh!penyakit angau kembali tiba!!syuh!syuuuh!!jauh dari diriku yang rockers ini!!!-


-kasyah49-
-RockersSungaiPetani-