Saturday, March 31, 2012

Bicara Pada Hati



Jalan ku lalui penuh berduri,
Namun terus ku berpesan pada sang hati,
Kuat dan redha pada setiap hari,
Agar tidak hanyut dibuai mimpi.

[kasyah,2012]

Sunday, October 9, 2011

Adakah aku ada di hati mu?


Tersedar diri dari lamunan pagi,
Sayup kedengaran alunan indah suara muazzin,
Menyeru sekalian umat tunduk sujud pada Yang Satu,
Allah S.W.T, Tuhan Yang Maha Agung.

Usai sujudku pada Yang Maha Kuasa,
Berteleku seketika di hamparan sejadah,
Berfikir sejenak tentang segalanya,
Pelbagai soal bercelaru dalam pemikiran,
Namun ku tetapkan hati,
Tiada yang lebih berkuasa selain dariNya.

Kata jiwa luahkan saja segala hasrat dan cinta
Namun kata hati bersabarlah dahulu
Cuma ku harapkan secebis kepastian
Adakah aku ada di hati mu?

Andainya dirinya adalah untukku,
Ku mohon janjiMu untuk tetapkan hatinya dengan hatiku,
Namun jika dirinya adalah bukan untukku,
Ku mohon belas kasihMu teguhkan hatiku menerima ketentuanMu.


-Graduation Week,Congratulations!-
-RSSejatiShellStation-

Thursday, September 29, 2011

Senja Nan Merah

Sejenak ku memandang ke kaki langit,
Menghayati betapa indahnya ciptaanMu,
Langit yang seketikanya biru,
Kini kian suram berbalut aura jingga.

Camar terbang beriringan pulang,
Terbang gemalai mencari rezeki,
Dari pagi hingga ke petang,
Kini berehat di pohonan jati rendang.

Sayup kedengaran suara azan,
Suara mulia penuh bicara,
Marilah bersolat, Marilah Menuju Kejayaan,
AllahuAkbar..AllahuAkbar!

Acap kali insan mendengar,
Namun masih jua ada yang alpa,
Dibiarkan saja ia berlalu,
Tanpa sedikit pun rasa malu.

Tenggelamnya insan dalam kesibukan dunia,
Bagaikan kuasanya sehebat Nabi Sulaiman A.S,
Bagaikan hartanya sebanyak Qarun Laknatullah,
Namun hakikatnya hanya biasa,
Hanya seorang peniaga kecilan dipinggir jalanan.

Tiada bezanya antara haiwan dan insan,
Seandainya hidup cuma mencari suapan,
Mulianya insan di mata Tuhan,
Hanya berlandaskan amalan.


[RS Sejati Shell Station]
[Tiba-Tiba Teringat]

Monday, September 19, 2011

Selamat Pengantin Baru

Berdagang hingga ke Pulau Sulu,
Singgah sebentar di Kuala Senggarang,
Cepat rasenye masa berlalu,
Sekarang sudah bergelar suami orang.


Mengail anak ikan pakai gewang,
Mengena pula si ikan parang,
Kalau dulu mu jaga aku di gawang,
Tapi sekarang dah kena jaga anak orang.


Minum coconut shake dalam kereta orang,
Bila dah tumpah tu kena lah lap,
Kalau dulu makan sorang-sorang,
Tapi sekarang dah buleh makan bersuap.


Main rollerblade sampai ke maghrib,
Bila dah gelap jatuh pulak dalam perigi,
Harapkan pengapit,
Pengapit tak sampai lagi.


Order teh tarik dalam tin,
Minum bersama dengan pakcik Roslan,
Bukan salah pengapit wahai pengantin,
GPS ferrari Amiroso pun pening nak cari jalan.


Pergi ke DT Perlis buleh mandi perigi,
Bersarapan pagi pula di tepi jejambat,
Malas nur nak berpantun lagi,
Selamat pengantin baru wahai sahabat.


-SpecialToWanNajmuddin&Noraziana-

Monday, August 15, 2011

La yukallifullahu nafsan illa wus'aha :)



"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menganggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (mereka berdoa dengan berkata): " wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami bersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-yang yang bterdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya menikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum kafir"
[Al-Baqarah, Ayat 286]

Monday, August 8, 2011

Da Solat?













Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat 153)

Sunday, August 7, 2011

Aurora









An aurora is a natural light display in the sky particularly in the high latitude regions, caused by the collision of energetic charged particles with atoms in the high altitude atmosphere. Subhanallah :)