
Bismillah dan Assalamualaikum kepada penonton rancangan "Makan Bola, Minum Bola dan Tidur Bola". Pada malam ini kita akan membincangkan tentang suatu perlawanan bola sepak yang telah berlangsung minggu lepas iaitu perlawanan antara pasukan IUFC menentang Pasukan Garuda FC.
Perlawanan itu telah berlangsung di Stadium Utama Dahlia pada jam 5.00 Petang waktu New Delhi dan suhu cuaca adalah setinggi 28 darjah celcius dibawah paras laut. Perlawanan itu telah diadili oleh Encik Kassim dari Selangor dan dibantu oleh Encik Murugayah dari Pulau Pinang. Untuk sekian kalinya, perlawanan ini akan diadili oleh kedua-dua pengadil dan ini akan mengurangkan peluang keemasan membuat bentesan keras serta lakonan yang cukup sinonim dengan penjaga gol IUFC yang ke-3.
Dengan tiada perasaan segan silu, pasukan IUFC memulakan perlawanan dengan tiupan wisel permulaan dari pengadil-pengadil yang berbakat. Pasukan IUFC memulakan serangan dari bahagian kanan oleh saudara Andres "Ayie" Iniesta yg bertindak sebagai pemain sayap kanan dan cuba melakukan overlapping terhadap pihak lawan namun kurang berjaya kerana ketandusan bantuan dari rakan-rakan. Bola banyak berlegar-legar di kawasan tengah padang pada suku pertama perlawanan kerana kedua-dua pasukan seperti malu-malu kucing untuk membuat serangan. Namun pasukan IUFC dengan secara tidak sengaja telah melakukan 3 percubaan ke kubu pasukan Garuda FC namun barisan hadapan IUFC masih tumpul dan berat dek kerna cuti 2 minggu yang penuh dengan suka duka. Para pemain simpanan IUFC terus memberi kata-kata sokongan dan kepercayaan yang tidak berbelah bahagi terhadap para pemain utama terutamanya pada barisan hadapan IUFC....=)
Pasukan Garuda FC sekali sekala dapat membuat pertahanan IUFC yang dikendalikan oleh Saudara Nemanja "Din" Vidic kucar kacir melalui penyerangnya David "Hartandi" Villa. Namun dengan semboyan "Ape Yang PEnting? Kerjesama!" dilaung-laungkan dengan sesuka hati, serangan-serangan dari pasukan Garuda FC dapat dipatahkan.Gol yang pertama hadir tika 19 minit selepas wisel pertama ditiupkan melalui gerakan cantik dari bahagian tengah dan telah dijaringkan oleh seorang hamba Allah ini. Nama terpaksa dirahsiakan demi menjaga keselamatan pemain tersebut. Permainan terus berlangsung dengan kedua belah pasukan saling mengasak tanpa mengenal erti putus asa. Dengan dua kerlipan mata, pasukan IUFC telah berjaya menambahkan gol kedua apabila gerakan satu-dua yang cukup menarik antara dua pemain tengah IUFC yang telah memerangkap pertahanan pasukan Garuda FC. Selepas itu, perlawanan kembali seimbang dengan bola hanya berlegar-legar di kawasan tengah padang sehingga tamat separuh masa pertama.
Setelah berehat selama 3 minit, separuh masa kedua dimulakan dengan sepak mula oleh pasukan Garuda FC yang memulakan serangan dari bahagian tengah kawasan IUFC namun berjaya dipatahkan oleh jentera tengah IUFC yang dikemudikan oleh saudara Frank "Obi" Lampard. Setelah puas melepaskan banyak peluang keemasan, saudara Bojan "Amiroso" Krkic berjaya menjaringkan gol ketiga buat pasukan IUFC. Melalui gerakan dari bahagian kanan oleh saudara Lionel "Syairazi" Messi membuat lambungan melepasi pertahanan Garuda FC lalu disambut kemas oleh saudara Bojan "Amiroso" Krkic dan dengan tanpa rasa belas kasihan membuat sepakan deras yang melepasi jangkauan penjaga gol pasukan Garuda FC. Selepas itu, permainan diteruskan dengan kedua pasukan saling menyerang sehingga ke tamat separuh masa kedua. Pengadil telah meniup wisel penamat separuh masa kedua dan kedua pasukan dengan tiada kesedaran sivik bersalaman antara satu sama lain tanpa menghiraukan para pengadil perlawanan. Dengan sesuka hatinya pengadil menyatakan perlawanan masih belum tamat kerana masih ada lagi separuh masa ketiga yang tidak pernah termaktub dalam kamus bola sepak FIFA. Bantahan dari kedua belah pasukan tidak dilayan oleh para pengadil dan pemain-pemain terpaksa masuk semula ke gelanggang untuk meneruskan perlawanan.
Separuh masa ketiga dimulakan dengan pasukan IUFC membuat sepak mula. Kedua belah pasukan begitu "semangat" ketika meneruskan permainan. Pasukan Garuda FC banyak membuat percubaan yang berbahaya terhadap gawang gol IUFC yang dikawal rapi oleh saudara Petr "Kasyah" Cech yang dimasukkan pada separuh masa ketiga sehinggakan beliau mengalami kecederaan pergelangan tangan dek kerana tidak memanaskan badan. Perlawanan ditamatkan di saat seruan Illahi bergema di kawasan Bukit Beruang dengan keputusan Pasukan IUFC menang 3-0 terhadap Pasukan Garuda FC.
Selepas ini, pasukan IUFC akan menghadapi satu lagi perlawanan menentang pasukan Persatuan Pekerja-Pekerja MMU Melaka pada hari Khamis (25/6/2009) bertempat di Padang Utama MMU Melaka. Dijemput kepada seluruh peminat fanatik bola sepak tempatan mahupun luar negara supaya membanjiri padang tersebut untuk memberi sokongan terhadap kedua-dua pasukan...=)
Aksi Arsene "Aswadinho" Wenger Ketika IUFC Terlepas Peluang Keemasan
Benteng Pertahanan Garuda FC Melompat Tinggi Menghalang Sepakan Percuma IUFC
Robin "Ucop" Persie Dibentes Keras
Aksi Iker "Manaf" Casillas Menafikan Percubaan PerlawananLaporan Disediakan Oleh,
Petr "Kasyah" Cech
-Penjaga Garisan Gol IUFC-