Wednesday, July 1, 2009

1st League Match: IUFC vs End Of Line

Bismillah...=)

Alhamdulillah, IUFC telah secara rasminya telah terjebak dalam kancah liga bola sepak MMU Melaka iaitu dengan menyertai Bahagian Kedua Liga Bola Sepak MMU Melaka[Sesukati je bagi nama pertandingan tu].

Pada tarikh 30 Jun 2009, IUFC telah memulakan perjuangan dalam arena Divisyen Kedua dengan menentang pasukan End Of Line[E.O.L] yang rata-rata dibarisi oleh pemain-pemain yang berpengalaman dalam arena bola sepak MMU. Perlawanan tersebut dimulakan dengan IUFC berjersi serba Biru dan E.O.L berjersi Oren pada tepat jam 5.16 P.M..Pasukan IUFC diwakili oleh Manaf bertindak sebagai penjaga gol. Shahirul,Mayo Sapik,Wan Din, Izzuan bermain dibahagian pertahanan. Obi Wan Kenobi,Ayie,Ijat dan member yusuf mengepalai bahagian tengah dan amiroso serta yusuf bertindak di barisan hadapan..

Perlawanan bermula dengan pasukan E.O.L membuat serangan demi serangan untuk mencari gol pendahuluan namun berjaya dikekang oleh barisan pertahanan IUFC yang gagah berani disukai ramai..Lebih kurang pada minit ke-7, IUFC telah berjaya menjaringkan gol melalui penyerang berbadan sasa dan tinggi iaitu amiroso yang tidak mensia-siakan peluang keemasan apabila pertahanan tengah E.O.L terbuat "miss kick" lalu bola itu diterjahkan ke jaring oleh amiroso tanpa segan silunya. kedua-dua pasukan tergamam dengan jaringan tersebut dan masing-masing cuba mengawal emosi untuk menghadapi realiti yang mendatang. perlawanan kembali seimbang dengan kedua-dua pasukan membuat serangan untuk mencari gol namun akhirnya bola berada di kawasan semak samun yang terletak berhampiran. Separuh masa pertama berkesudahan dengan kedudukan IUFC mendahului E.O.L dengan satu jaringan.

Setelah berehat selama 5 minit dan mendengar amanat-amanat daripada pengurus pasukan iaitu Tuanku Yusuf Razli, pasukan IUFC meneruskan separuh masa kedua dengan semangat yang kental. Namun kekentalan semangat IUFC cuba digugat dengan jaringan penyamaan oleh pasukan E.O.L seawal minit ke 4 separuh masa kedua bermula.Gol berpunca daripada sepakan lambung yang amat melencong dari kawasan kiri IUFC berjaya menewaskan barisan pertahanan IUFC dan disambut kemas oleh penyerang E.O.L untuk menyamakan jumlah jaringan. Perlawanan diteruskan dengan pasukan E.O.L menguasai separuh masa kedua dan jarang-jarang sekali bola diperserangkan oleh pasukan IUFC ke kubu lawan. Untuk menguatkan lagi impak barisan pejuang IUFC, beberapa pertukaran dibuat sepanjang perlawanan iaitu shahirul diganti oleh Abu Husin,Izzat ditukarkan dengan Aizul dan member yusuf diganti oleh Kamal Jepun.Pertahanan dan penjaga gol IUFC kental menahan segala asakan pihak lawan demi menjaga pintu gol IUFC dibolosi buat sekian kalinya sehingga ke akhir perlawanan. Perlawanan berkesudahan seri 1-1 antara pasukan IUFC dan pasukan End Of Line. Tahniah kepada teman-teman seangkatan atas keputusan perlawanan ini....=)


-Karam 'Syah' Walia-
-Pengulas Sukan IUFC-

2 comments:

  1. kuang ajaq ekk...penyerang b'tubuh sasa dan tinggi yerk???nk perli aku lar 2...xpe2...wa igt sama lu...

    ReplyDelete
  2. x berniat nak perli ko bro~
    gua tabik spriiinggg sama luuu!!
    hahaha

    ReplyDelete