Wednesday, December 30, 2009

Sungai Petani...Senyumanmu


Dengan nama Allah Yang Maha Berkuasa Lagi Maha Mengasihi...=)

Alhamdulillah kini telah berada di Sungai Petani bagi menyambung lagi kehidupan di atas muka bumi milik Allah. Seperti biasa pada hari-hari cuti semester, diri ini akan membantu kedua ibu bapa dalam menguruskan perniagaan runcit yang semakin hari semakin maju,Alhamdulillah...=)
Walaupun segala usaha menabur jasa,namun tiada dapat menandingi pengorbanan kedua ibu-bapa dahulu tatkala masih kecil.

Terima kasih atas segalanya..=)


p/s: masih buntu mencari kebenaran yang diselindungi misteri..Oh Tuhanku, tenangkanlah hamba-Mu ini menerima segala jua dugaan-Mu....=)

Monday, December 28, 2009

Asyik Berganti Derita


Tiada apa yang perlu ku ungkapkan lagi
Andai berlalu masa tanpa ku sedari
Menyelami segala kisah lama onak dan duri
Menyentuh pangkal hati dan nurani
Segala madah kata kini tiada erti
Hanya jiwa sunyi berteman mimpi
Sayup sayu di hujung hati
Masih menaruh harapan setia menanti
Bukan keindahan yang ku cari
Namun bukan jua kasih yang ku impi
Cuma ingin kejujuran kata penuh janji
Diam ku sekadar berpegang janji
Biar terhijab kasih penuh rapi
Namun kau tetap harapan hati
Akan ku sunting dikau wahai puteri
Hanya dikau bertakhta di hati
Dalam rintihanku tiap dinihari
Mengharap belas Illahi
Agar kita bertemu suatu hari nanti...


-kasyah49-
+ExaminationEnds+


p/s: tiada kaitan dengan kehidupan penulis atau mana-mana teman seperjuangan. Idea hanya berlandaskan sebuah lagu.


Sunday, December 13, 2009

Manis Di Bibir

Assalamualaikum Warahmatullah


"Lebih baik mati dalam keimanan daripada hidup dalam kekafiran"


Salah satu daripada susunan ayat yang teramat mudah untuk dilafazkan oleh setiap individu muslim, tapi adalah kita bersedia untuk merealisasikannya?

-kasyah49-

Friday, December 11, 2009

Si Kecil Itu

Selesai menghantar teman baik ke Melaka Central sebentar tadi, terus diri ini membonceng laju menuju ke "Kedai Tikus" untuk makan malam. Alhamdulillah selamat sampai ke destinasi dan memesan nasi goreng ayam serta teh tarik untuk dijadikan menu sajian malam. Setelah 10 minit menunggu, hidangan yang dipesan telah pun tiba. Dengan lafaz Basmallah, ku terus menikmati rezeki yang dikurniakan Illahi sambil melayan Buletin Utama yang memaparkan kejayaan pasukan bola sepak Malaysia menewaskan pasukan Thailand dengan jaringan 2-1. Sedangku menikmati hidangan, ruang telingaku menangkap perbualan seorang atuk dengan cucunya yang duduk selang satu meja dari ku.

"acu nak makan dalam pinggan ni" kata cucu tersebut.

"tu bukannye pinggan, tu namanye talam. Sekarang cepat bace doa makan" perintah atuknya.

Cucu tersebut dengan muka yang mencuka masam terus melafazkan kalimah-kalimah memuji Allah dan terus membaca doa makan dengan lancar berserta maksudnya.


"Ya Allah, berkatilah rezeki yang engkau curahkan kepada kami
dan jadikan kami orang yang bersyukur"


Hujung minda ini menggamit kembali memori silam sewaktu belajar menghafal doa-doa harian. Namun dewasa ini, makin banyak yang telah dilupai akibat jarang sesekali mempraktikkannya dalam kehidupan seharian. Alangkah malangnya diriku ini sedangkan budak sekecil 5 tahun tersebut berjaya mengamalkannya. Semoga istiqomah wahai si kecil...=)


-kasyah49-

Wednesday, December 9, 2009

Dunia Ini


Dunia sememangnya indah dan manis.
Penuh dengan segala warna dan damai.
Menyelindung segala hitam dan duri.
Yang mampu gugat insan tiada pedoman.
Mati semut kerana gula.
Binasa insan kerana kata.
Ya Allah, bimbinglah kami...


-kasyah49-
-Kuliah Maghrib Al-Azim-

Friday, December 4, 2009

Antara Insan dan Kebaikan


"Setiap insan secara zahir sememangnya amat tertarik ke arah kebaikan. Namun bukan semua insan mampu merealisasikan kebaikan dalam diri mereka sendiri."


p/s: Selamat maju jaya kepada pasukan IUFC yg akan berjuang dalam MMU Cup esok. Walaupun kita berlainan bahtera kali ini, namun matlamat perjuanganku tidak pernah tersasar!


-kasyah49-
+Al-Falcons Soccer Club+

Wednesday, December 2, 2009

Suatu Masa


Kicauan burung riang mengisi petang ini
Sambil mengikut alunan "Suatu Masa"
Membawa diri khayal seketika
Meredah segala kisah silam lalu

Andai ditanya tentang bahagia
Jika ditanya perihal rindu
Apa yang mampu ku zahirkan
Hanyalah sekadar senyuman tipis

Sering hati tertanya
adakah insan ini masih ada ruang dalam hati suci itu
Biarlah "Suatu Masa" menjadi penguat sanubari ini


-kasyah49-