Sunday, August 23, 2009

Pengajaran Pertama Madrasah Ramadhan Ku


"10 minit lagi berkumandang azan menandakan masuknya waktu solat fardhu Isya' bagi seluruh negeri Melaka dan kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya"


terusku mencapai kunci rumah lalu menekan punat lif tingkat 7. Dengan lafaz Bismillah, ku menunggang Honda Wave 125cc untuk ke Masjid Al-Azim yang selalu dirindui. Doa ku supaya dipermudahkan perjalanan dan keselamatan supaya selamat tiba ke destinasi. Ku tingkatkan kelajuan motosikal ku sehingga 120 km/hr supaya cepat sampai dan alhamdulillah semua lampu isyarat masih memancarkan warna hijau tatkala ku menghampirinya.

Selepas melewati lampu isyarat dataran MBMB yang menjadi mercu tanda bandar raya Melaka Bersejarah, ku terus memotong semua kenderaan yang berbaris menunggu lampu isyarat dengan kadar yang laju. Ku melayani selekoh dengan penuh rasa curiga memandangkan waktu Isya' makin hampir tiba. Terusku menunggang dengan lajunya menuju ke Bukit Baru yang menjadi persimpangan ke Masjid Al-Azim.

Dalam kadar kelajuan 120km/hr, mudah sekali ku memotong semua kenderaan dari sebelah kiri namun malang tidak berbau. Sebuah kereta Proton Wira dengan tiba-tiba membelok ke kiri memasuki simpang. Ku gagal mengawal motorsikal ku lalu menghentam sisi Proton Wira tersebut lalu tercampak jauh ke tengah jalan raya. Tatkala tercampak, ku seperti tidak sedarkan diri apabila kepala terhentak ke tar jalan. Kaku tubuhku yang tidak bermaya di tengah jalan selama beberapa minit. Syukur tiada kenderaan yang mengekoriku rapat tatkala tercampak ke tengah jalan. Jika tidak, habis badanku digilis kenderaan-kenderaan tersebut. Ku kumpul segala kekuatan untuk bangun dan mengangkat semula motorsikal ku yang terbabas itu.


Brader Proton Wira: adik ok x ni?adik x nampak ke abang bagi "signal" tadi?



kasyah: saye ok je bang. Salah saye tadi, nak potong ikut kiri. [sambil cuba menghidupkan motorsikal kembali]



Brader Proton Wira: adik nak pegi masjid ke?x nak pegi hospital dulu ke?



kasyah: x pe ler bang. saye rase ok je ni. maaf ler bang, menyusahkan abang je tadi. [cuba merautkan wajah kekesalan sambil masih lagi cuba menghidupkan motorsikal]



Brader Proton Wira: lain kali hati-hati ye adik. adik tu naik moto, abang naik kereta. apa2 yang terjadi, adik yang paling teruk kena.



Kasyah: saye mintak maaf skali lagi pasal kejadian tadi. terima kasih atas nasihat tu. InsyaAllah saya akan ikuti.



Brader Proton Wira: ok laa ye adik, abang pun dah lewat ni. Assalamualaikum.



Kasyah: Waalaikumsalam.



ku terus menunggang motorsikal ku menuju ke Masjid Al-Azim dengan penuh rasa bersyukur. Alhamdulillah setibanya ke destinasi, bilal melaungkan iqamah yang menandakan solat isya' berjemaah masih lagi dalam genggamanku. Ku memeriksa tubuhku dan pakaian ku, Alhamdulillah tiada kecederaan yang hadir tetapi cuma baju melayu warna "Peach" kesayanganku yang terkoyak sedikit dek kerna geseran tar jalan. Takjub jua dengan kasih sayang dan kebesaran Illahi, tiada kecederaan hadir dibandingkan dengan kadar kelajuan motorsikal ku tatkala kemalangan. Maha Suci Allah yang tiada tandingan kasih sayang terhadap hamba-Nya.

Dalam sujudku, berdoaku penuh kesyukuran dan rasa terima kasih kerna Allah S.W.T masih lagi membenarkanku berada di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga diri ku lebih berhati-hati di jalan raya selepas ini.InsyaAllah...=)


-kasyah49-
-perempit sejati-

4 comments:

  1. hati2 ye.
    nasib tidak ada apa2.

    ReplyDelete
  2. huhh..
    risau btol korang2 yg naik moto nie...
    hati2 tau...huhuhu

    ReplyDelete
  3. Salam ammu..

    Berdebar seh baca ammunye penulisan.. Cam tak logik pun ada 120km/h tada papa... hehe

    Muga Allah tambahkan nikmat taufik dan hidayahnya.. agar lebih laju dalam hal yang menguntungkan ummah

    SKKR

    ReplyDelete
  4. to Nora Bahari: terime kasih sudi singgah.insyaAllah x buat lagi...=)

    to Izzati: nak beli kete x mampu lg...nanti kalo dah mampu, nak beli kete kebal tros..huhuhu

    to ibnukhair: wassalam..x sempat nak tgk meter time jatuh tu,rasenye dah kurang kelajuan...syukran ya akhi...=)

    ReplyDelete