Wednesday, September 23, 2009

Terima Kasih Kerana Masih Menyayangiku

Tatkala jari jemari ini ghairah membuat nota untuk persediaan final yang bakal menjelma seminggu lagi, terdetik hati untuk melayari laman sesawang youtube untuk menjadi peneman malam yang semakin kelam ini.

Setelah memilih tajuk yang sesuai, punat kiri tetikus ditekan untuk mencari apa yang dihajati. Ia adalah ceramah mengenai kasih sayang Illahi terhadap hambaNya iaitu Manusia. Antara kisah yang menarik perhatian penulis adalah mengenai Malaikat Azazil yang tidak mahu sujud kepada Nabi Adam A.S.

Malaikat Azazil adalah "Penghulu Segala Malaikat" dan menurut sebilangan kitab adalah "Bendaharawan Syurga" dan juga menjadi kebanggaan malaikat yang lain. Namun akibat kesombongan dan perasaan riak dengan tidak mahu tunduk sujud kepada Nabi Adam A.S, Malaikat Azazil telah dilaknat oleh Allah S.W.T dan telah dijanjikan ganjaran Neraka pada Akhirat kelak.

Apa yang menarik hati kecil penulis adalah tentang kesalahan Malaikat Azazil@Iblis yang hanya satu itu, tidak mahu tunduk sujud kepada Nabi Adam A.S dan terus dihukum atas kesalahannya sedangkan kita ini sebagai insan yang mengaku beragama Islam telah melakukan pelbagai kesalahan dan dosa kepada Allah S.W.T. Namun Allah S.W.T masih lagi memberikan kita peluang untuk bertaubat tanpa terus memberi balasan atas segala perbuatan kita. Cuba kita bayangkan Allah S.W.T terus memberi balasan yang berat atas segala dosa kita tanpa sempat kita bertaubat. Tentu amat perit untuk ditanggung....

Ini cuma pandangan peribadi penulis. Segala kekhilafan harap ditegur...=)



-kasyah49-

No comments:

Post a Comment