Tuesday, September 29, 2009

Hanya Kerana Seekor Lalat

Assalamualaikum dan salam imtihan kepada semua pembaca. Posting kali ni sekadar perkongsian daripada Suara Al-Azim yang baru saya baca tempoh hari. Semoga kita dapat mengambil pengajaran untuk memenuhi ruangan Iman kita yang kurang konsisten sebagai seorang manusia.


Thariq Bin Syihab berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

"Ada seseorang masuk syurga kerana seekor lalat, dan ada seseorang masuk neraka kerana seekor lalat juga. Para sahabat bertanya: Bagaimanakah hal itu terjadi, ya Rasulullah?

Baginda menjawab: Ada dua orang berjalan melewati suatu kaum yang mempunyai berhala, yang mana tidak akan seorang pun dapat melalui berhala itu sebelum mempersembahkan kepadanya suatu korban. Ketika itu, berkatalah mereka kepada salah seorang dari kedua orang tersebut: Persembahkanlah korban kepadanya! Dia menjawab: Aku tidak mempunyai sesuatu yang dapat ku persembahkan kepadanya. Mereka pun berkata kepadanya lagi: Persembahkan sekalipun seekor lalat. Lalu orang itu pun mempersembahkan seekor lalat dan mereka pun membenarkan dia untuk meneruskan perjalanan. Maka dia masuk neraka kerananya.

Kemudian berkatalah mereka kepada seorang yang lain: Persembahkanlah korban kepadanya. Dia menjawab: Aku tidak patut mempersembahkan sesuatu korban kepada apa jua selain dari Allah S.W.T. Kemudian kaum tersebut memenggal lehernya, dan kerananya orang itu masuk syurga."

(Hadith Riwayat Imam Ahmad)

Ini sekadar perkongsian dari seorang insan yang lemah, jika terdapat sebarang kesilapan, sudikanlah diri untuk menegur...=)

-kasyah49-
-RockersJanggut-

No comments:

Post a Comment