Tuesday, September 29, 2009

Hanya Kerana Seekor Lalat

Assalamualaikum dan salam imtihan kepada semua pembaca. Posting kali ni sekadar perkongsian daripada Suara Al-Azim yang baru saya baca tempoh hari. Semoga kita dapat mengambil pengajaran untuk memenuhi ruangan Iman kita yang kurang konsisten sebagai seorang manusia.


Thariq Bin Syihab berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

"Ada seseorang masuk syurga kerana seekor lalat, dan ada seseorang masuk neraka kerana seekor lalat juga. Para sahabat bertanya: Bagaimanakah hal itu terjadi, ya Rasulullah?

Baginda menjawab: Ada dua orang berjalan melewati suatu kaum yang mempunyai berhala, yang mana tidak akan seorang pun dapat melalui berhala itu sebelum mempersembahkan kepadanya suatu korban. Ketika itu, berkatalah mereka kepada salah seorang dari kedua orang tersebut: Persembahkanlah korban kepadanya! Dia menjawab: Aku tidak mempunyai sesuatu yang dapat ku persembahkan kepadanya. Mereka pun berkata kepadanya lagi: Persembahkan sekalipun seekor lalat. Lalu orang itu pun mempersembahkan seekor lalat dan mereka pun membenarkan dia untuk meneruskan perjalanan. Maka dia masuk neraka kerananya.

Kemudian berkatalah mereka kepada seorang yang lain: Persembahkanlah korban kepadanya. Dia menjawab: Aku tidak patut mempersembahkan sesuatu korban kepada apa jua selain dari Allah S.W.T. Kemudian kaum tersebut memenggal lehernya, dan kerananya orang itu masuk syurga."

(Hadith Riwayat Imam Ahmad)

Ini sekadar perkongsian dari seorang insan yang lemah, jika terdapat sebarang kesilapan, sudikanlah diri untuk menegur...=)

-kasyah49-
-RockersJanggut-

Saturday, September 26, 2009

Hanya Untukmu Saudariku

Malam kian larut menemani diri
Membawa sepi bertandang di hati
Menggugat tenang jiwa selama ini
Lalu terguris kembali kalbu ku kini

Setiap insan punya kisah cinta sendiri
Terpulang mereka mencorak suci cinta itu
Bagiku, biarlah ia belum hadir lagi
Tatkala merenung kembali lemah diri ketika ini

Cuma yang ku harapkan
Usah saudari membawa diri
Mencuba jauhkan diri dari kisah cintaku ini
Tiap saat pasti ku rindukan senyum mu

Andai ada salah, ku pohon maaf
Andai terlanjur kata, ku tagih ampun
Andai terguris hati, maafkan daku
Andai menyepi, tersia saja 22 tahun rinduku

Ingatlah saudari, ku cuba hadiahkan suatu keistimewaan
Perasaan yang telah lama terpendam sejak 22 tahun itu
Namunku harap saudari terus setia
Menunggu kasihku satu hanya untuk mu.



-Kasyah49-
-RockersJanggut-

Thursday, September 24, 2009

Si Bunga Menawan Hati

Assalamualaikum.

Penat terasa memerah otak menghafal formula yang menduga minda, jom kita menghayati keagungan Illahi yang dikenali sebagai bunga. Semoga memberikan kesegaran semula dalam mengharungi cabaran yang mendatang,InsyaAllah...=)






Wednesday, September 23, 2009

Terima Kasih Kerana Masih Menyayangiku

Tatkala jari jemari ini ghairah membuat nota untuk persediaan final yang bakal menjelma seminggu lagi, terdetik hati untuk melayari laman sesawang youtube untuk menjadi peneman malam yang semakin kelam ini.

Setelah memilih tajuk yang sesuai, punat kiri tetikus ditekan untuk mencari apa yang dihajati. Ia adalah ceramah mengenai kasih sayang Illahi terhadap hambaNya iaitu Manusia. Antara kisah yang menarik perhatian penulis adalah mengenai Malaikat Azazil yang tidak mahu sujud kepada Nabi Adam A.S.

Malaikat Azazil adalah "Penghulu Segala Malaikat" dan menurut sebilangan kitab adalah "Bendaharawan Syurga" dan juga menjadi kebanggaan malaikat yang lain. Namun akibat kesombongan dan perasaan riak dengan tidak mahu tunduk sujud kepada Nabi Adam A.S, Malaikat Azazil telah dilaknat oleh Allah S.W.T dan telah dijanjikan ganjaran Neraka pada Akhirat kelak.

Apa yang menarik hati kecil penulis adalah tentang kesalahan Malaikat Azazil@Iblis yang hanya satu itu, tidak mahu tunduk sujud kepada Nabi Adam A.S dan terus dihukum atas kesalahannya sedangkan kita ini sebagai insan yang mengaku beragama Islam telah melakukan pelbagai kesalahan dan dosa kepada Allah S.W.T. Namun Allah S.W.T masih lagi memberikan kita peluang untuk bertaubat tanpa terus memberi balasan atas segala perbuatan kita. Cuba kita bayangkan Allah S.W.T terus memberi balasan yang berat atas segala dosa kita tanpa sempat kita bertaubat. Tentu amat perit untuk ditanggung....

Ini cuma pandangan peribadi penulis. Segala kekhilafan harap ditegur...=)



-kasyah49-

Saturday, September 12, 2009

ampunkan daku




Sepertiga malam Ramadhan yang mulia ini
Bangkit insan bermunajat kepada Yang Maha Pengasih
Anggota wudhu' dibasahi dengan air
Segar terasa dari alam mimpi khayalan

Hamparan sejadah menjadi tempat bersujud
Memohon ehsan Yang Maha Esa
Mengharap secebis simpati dari Yang Maha Kuasa
Agar diri sentiasa dirahmati

Tangisan kesal seorang hamba khilaf
yang banyak melakukan maksiat
tidak kira waktu mahupun tempat
hanya mengharap keampunan Yang Maha Pengampun

Wahai Tuhan, insan ini tidak layak ke SyurgaMu
Namun tidak pula sanggup insan ini ke NerakaMu
Ampunilah segala dosa dan terimalah taubat hambaMu yang hina ini
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar


-kasyah49-
-Subuh 23 Ramadhan 1430 Hijrah-





Thursday, September 10, 2009

A.L.A.S.A.N.M.U

Setiap detik ku merinduimu
Adakah kau dapat merasakannya
Terasa berdekad lamanya ku memendam rindu
Terlalu perit untuk ku tanggung lagi

Soalan itu begitu mudah
Cuma ya atau tidak
Yang akan menjadi pemutus kata
Ataupun penawar resah

Katalah dengan hati yang jujur
Akan ku terima dengan seadanya
Ku tidak mahu siakan pengorbanan cintaku
Kerna cintaku hanyalah untukmu


-kasyah49-


Monday, September 7, 2009

Haruskah?


Masih terbayang seri wajahmu
Senyum manis yang membuat arjuna ini bahagia
Merah pipi yang menawan hati
Putih bersih penuh suci

Perginya dirimu selamanya
Membuat hati ini penuh duka
Mengenang kembali kisah-kisah lalu
Indah tiada cela

Namun kini bayangmu menjelma
Seraut wajah seiras rupamu
Membuat hati kembali berbunga
Menggamit memori silam penuh suka

Terdetik hati menjalin kisah lama
Tapi secebis keraguan terbit di hati
Adakah si dia adalah seperti cintaku
Yang pernah membuatku bahagia suatu tika dulu


nota untuk teman: cintailah dengan hati dan bukannya dengan nafsu


-kasyah49-
-a.l.a.s.a.n.m.u-

Sunday, September 6, 2009

Pada Malam Ke-15 Itu..

Sejak akhir ini, isomnia mula menguasai diri. jam menunjukkan 12.45 A.M dan waktu sahur masih lagi jauh dari jangkauan. Tergerakku untuk menghirup bayu malam yang segar demi mencari secebis ketenangan pada malam ini. Jaket hitam dan selipar lusuh dipilih menjadi peneman tatkala bersendirian nanti. terusku menghidupkan enjin honda wave 125 dan perlahan ku keluar dari kawasan bukit beruang ini.

Perlahan ku melewati kawasan Bukit Baru dan terus menempuh kawasan Bukit Serindit untuk sampai ke kawasan tepian laut Bandaraya Melaka. Setelah 15 minit, diriku tiba jua ke kawasan Melaka Raya yang terkenal dengan aktiviti lewat malam. Ku memilih jambatan Pulau Melaka sebagai destinasi perhentian. Dengan berbekalkan sepapan coklat cadbury, ku mengamati tindak-tanduk pemancing yang turut bersama menghayati keheningan malam ini. Banyak juga hasil mereka pada malam itu.

Rasa sejuk mula menggigit tulang-temulang dan ku memilih untuk pulang terus sahaja. Dalam perjalanan pulang, saja ku melewati PURE BAR sebagai jalan pulang. Agak terkejut melihat Bar tersebut hampir lengang dari pengunjung. Setahu ku, hari minggu seperti malam ini yang akan dapat menyaksikan telatah orang ramai bermesra. "Lengang pada bulan Ramadhan??" getusku berseorangan sambil cuba membuat konklusi dalam mencari jalan pulang ke Bukit Beruang.....


-kasyah49-
-peneman malam-

Tuesday, September 1, 2009

Dibuai Rindu?


Sehening bayu malam meniup manja
Melintasi alur-alur helaian rambutku
Seakan membisik bait-bait rindu
Yang menyelubungi sayu hatiku

Setiap hembusan membuatku terkenang
Segala peristiwa silam menggugat jiwa
Segera ku menepis kenangan itu
Lalu ku buang jauh dari ingatan

Namun kini ia hadir menambah gelisah
Membuat hati yang tenang kembali resah
Tertanya kenapa ia kembali lagi
Tatkala ku cuba menggapai cita

Terpesona diriku memandang tingkah mu
Kelembutan tutur mu memukau kalbu
Seakan mendendangkan irama rindu
Buat hati ini yang lama sendu

Setiap detik dan tiap ketika
Wajahmu bermain di mata
Rona-rona rindu menampar jiwa
Terpegun tenang mengubat duka


-kasyah49-
-Buat Gadis Bertudung Putih-