Sunday, September 6, 2009

Pada Malam Ke-15 Itu..

Sejak akhir ini, isomnia mula menguasai diri. jam menunjukkan 12.45 A.M dan waktu sahur masih lagi jauh dari jangkauan. Tergerakku untuk menghirup bayu malam yang segar demi mencari secebis ketenangan pada malam ini. Jaket hitam dan selipar lusuh dipilih menjadi peneman tatkala bersendirian nanti. terusku menghidupkan enjin honda wave 125 dan perlahan ku keluar dari kawasan bukit beruang ini.

Perlahan ku melewati kawasan Bukit Baru dan terus menempuh kawasan Bukit Serindit untuk sampai ke kawasan tepian laut Bandaraya Melaka. Setelah 15 minit, diriku tiba jua ke kawasan Melaka Raya yang terkenal dengan aktiviti lewat malam. Ku memilih jambatan Pulau Melaka sebagai destinasi perhentian. Dengan berbekalkan sepapan coklat cadbury, ku mengamati tindak-tanduk pemancing yang turut bersama menghayati keheningan malam ini. Banyak juga hasil mereka pada malam itu.

Rasa sejuk mula menggigit tulang-temulang dan ku memilih untuk pulang terus sahaja. Dalam perjalanan pulang, saja ku melewati PURE BAR sebagai jalan pulang. Agak terkejut melihat Bar tersebut hampir lengang dari pengunjung. Setahu ku, hari minggu seperti malam ini yang akan dapat menyaksikan telatah orang ramai bermesra. "Lengang pada bulan Ramadhan??" getusku berseorangan sambil cuba membuat konklusi dalam mencari jalan pulang ke Bukit Beruang.....


-kasyah49-
-peneman malam-

1 comment:

  1. at least org2 yg gi bar tu ade kesedaran(hopefully).tp yg tak pegi bar ni,macam takde kesedaran je..

    komen anda??

    ReplyDelete